nuffnang ads

Wadah Yang Terpahat Di Kolbu Ku

..."Satu Hati Satu Perjuangan".... satu wadah yang terpahat di Kolbu Ku dan pastinya tidak asing bagi seluruh KELUARGA RAUDHAH AS-SUFFAH. Blog ini dilahirkan secara ikhlas sebagai salah satu cabang berdakwah yang termampu Ana laksanakan. Sekiranya terdapat sebarang komentar atau persoalan boleh emelkan kepada Ana melalui emel : idle1109@gmail.com ...

Khamis, Jun 27, 2013

Terjemahan Surah AL-Syarh (Kelapangan) Ayat 1-8

Surah ini berkisar perintah Allah kepada Nabi Muhammad Sallallahu 'Alahi Wassallam agar terus berjuang dengan ikhlas dan tawakkal.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

  1. Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)?
  2. Dan Kami telah meringankan beban daripadamu.
  3. Yang memberatkan tanggunganmu,
  4. Dan Kami telah tinggikan sebutan namamu bagimu
  5. Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
  6. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
  7. Maka apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain).
  8. Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.