<=(18)=> Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya Dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) Dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang Yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga Yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. <=(19)=> Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan Yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki Yang ada Dalam kalangan mereka. dan (ingatlah), sesiapa Yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya.
Di dedikasikan khas untuk KELUARGA RAUDHAH AS-SUFFAH Serta Semua Muslimin dan Muslimat...
nuffnang ads
Wadah Yang Terpahat Di Kolbu Ku
..."Satu Hati Satu Perjuangan".... satu wadah yang terpahat di Kolbu Ku dan pastinya tidak asing bagi seluruh KELUARGA RAUDHAH AS-SUFFAH. Blog ini dilahirkan secara ikhlas sebagai salah satu cabang berdakwah yang termampu Ana laksanakan. Sekiranya terdapat sebarang komentar atau persoalan boleh emelkan kepada Ana melalui emel : idle1109@gmail.com ...