{38} Kami berfirman lagi:
"Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! kemudian jika datang kepada kamu
petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab Yang diturunkan kepada
mereka), maka sesiapa Yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada
kebimbangan (dari sesuatu Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula
tidak akan berdukacita".
{39} dan orang-orang kafir Yang
mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka
kekal di dalamnya.
{40} Wahai Bani Israil!
Kenangkanlah kamu akan Segala nikmat Yang telah Kuberikan kepada kamu, dan
sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu
Dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan
kepada sesuatu Yang lain).
{41} dan berimanlah kamu Dengan
apa Yang Aku turunkan (Al-Quran) Yang mengesahkan benarnya Kitab Yang ada pada
kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang Yang mula-mula kafir (ingkar) akan
dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk)
membeli kelebihan-kelebihan Yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah
kamu bertaqwa.
{42} dan janganlah kamu campur
adukkan Yang benar itu Dengan Yang salah, dan kamu sembunyikan Yang benar itu
pula padahal kamu semua mengetahuinya.
{43} dan dirikanlah kamu akan
sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah)
bersama-sama orang-orang Yang rukuk.
{44} Patutkah kamu menyuruh
manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri;
padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
{45} dan mintalah pertolongan
(kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan Sesungguhnya
sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang Yang khusyuk;
{46} (Iaitu) mereka Yang percaya
Dengan yakin Bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan Bahawa mereka akan
kembali kepadaNya.
{47} Wahai Bani Israil!
Kenangkanlah nikmat-nikmatKu Yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan
(ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat
dahulu) atas orang-orang (yang ada pada zamannya).
{48} dan peliharalah diri kamu
dari (azab sengsara) hari (akhirat), Yang padanya seseorang tidak dapat
melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), dan tidak
diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang
tebusan; dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.