{62} Sesungguhnya orang-orang Yang
beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan
orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan
(beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala
balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya
kejadian Yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan
berdukacita.
{63} dan (ingatlah), ketika Kami
mengambil perjanjian setia kamu semasa Kami angkatkan Gunung Tursina di atas
kamu (sambil Kami berfirman): "Terimalah Taurat Yang telah Kami berikan
kepada kamu (serta amalkanlah) Dengan bersungguh-sungguh, dan ingatlah (jangan
lupakan) apa Yang tersebut di dalamnya, supaya kamu bertaqwa.
{64} kemudian sesudah itu kamu
membelakangkan perjanjian setia kamu itu (tidak menyempurnakannya); maka kalau
tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu (dengan
membuka pintu taubat), nescaya menjadilah kamu dari golongan orang-orang Yang
rugi.
{65} dan Sesungguhnya kamu telah
mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu Yang
melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka:
"Jadilah kamu kera Yang hina".
{66} maka Kami jadikan apa Yang
berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-orang Yang ada pada masa
itu dan orang-orang Yang datang Kemudian, dan suatu pengajaran bagi orang-orang
Yang (hendak) bertaqwa.
{67} dan (ingatlah), ketika Nabi
Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu
menyembelih seekor lembu betina". mereka berkata: "Adakah Engkau
hendak menjadikan Kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku
berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan Yang jahil
(yang melakukan sesuatu Yang tidak patut)".
{68} mereka berkata pula:
"Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada Kami
Bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya
Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu Yang tidak
terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka
kerjakanlah apa Yang diperintahkan kepada kamu melakukannya".
{69} mereka berkata lagi:
"Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada Kami
apa warnanya?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman:
Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, lagi
menyukakan orang-orang Yang melihatnya".