nuffnang ads

Wadah Yang Terpahat Di Kolbu Ku

..."Satu Hati Satu Perjuangan".... satu wadah yang terpahat di Kolbu Ku dan pastinya tidak asing bagi seluruh KELUARGA RAUDHAH AS-SUFFAH. Blog ini dilahirkan secara ikhlas sebagai salah satu cabang berdakwah yang termampu Ana laksanakan. Sekiranya terdapat sebarang komentar atau persoalan boleh emelkan kepada Ana melalui emel : idle1109@gmail.com ...

Rabu, Jun 10, 2009

Terjemahan Surah AL-Baqarah Ayat 285-286

<=(285)=> Rasulullah telah beriman kepada apa Yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang Yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang Dengan Yang lain Rasul-rasulnya". mereka berkata lagi: Kami dengar dan Kami taat (Kami pohonkan) keampunanMu Wahai Tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali". <=(286)=> Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".