nuffnang ads

Wadah Yang Terpahat Di Kolbu Ku

..."Satu Hati Satu Perjuangan".... satu wadah yang terpahat di Kolbu Ku dan pastinya tidak asing bagi seluruh KELUARGA RAUDHAH AS-SUFFAH. Blog ini dilahirkan secara ikhlas sebagai salah satu cabang berdakwah yang termampu Ana laksanakan. Sekiranya terdapat sebarang komentar atau persoalan boleh emelkan kepada Ana melalui emel : idle1109@gmail.com ...

Selasa, Jun 25, 2013

Terjemahan Surah Ad-Dhuha


<=(1)=> Demi waktu dhuha,

<=(2)=> Dan malam apabila ia sunyi-sepi. 

<=(3)=> (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). 

<=(4)=> Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. 

<=(5)=> Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati. 

<=(6)=> Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? 

<=(7)=> Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)? 

<=(8)=> Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan? 

<=(9)=> Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, 

<=(10)=> Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; 

<=(11)=> Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.