Bacaan Oleh : Sheikh Mishary Rashid AL-Afasy
{1} Apabila berlaku hari kiamat itu,
{2} Tiada sesiapapun Yang dapat
mendustakan kejadiannya.
{3} Kejadian hari kiamat itu
merendahkan (golongan Yang ingkar), dan meninggikan (golongan Yang taat).
{4} (ia berlaku) semasa bumi
bergoncang Dengan sebebar-benar goncangan.
{5} dan gunung-ganang dihancur
leburkan Dengan selebur-leburnya,
{6} lalu menjadilah ia debu Yang
bertebaran,
{7} dan kamu pula menjadi tiga puak
(yang berlainan keadaannya);
{8} Iaitu puak pihak kanan; Alangkah
bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
{9} dan puak pihak kiri; - Alangkah
seksaNya keadaan puak pihak kiri itu?
{10} dan (puak Yang ketiga pula
ialah) orang-orang Yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia),
- Yang akan mendahului (mencapai balasan Yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
{11} mereka itulah orang-orang Yang
didampingkan (di sisi Allah),
{12} (Tinggal menetap) di Dalam
Syurga-syurga Yang penuh nikmat.
{13} (di antaranya) sekumpulan besar
dari umat-umat manusia Yang terdahulu;
{14} dan sebilangan kecil dari
orang-orang Yang datang kemudian.
{15} (Mereka duduk di Dalam syurga
itu) di atas takhta-takhta kebesaran Yang bertatahkan permata;
{16} sambil berbaring di atasnya
Dengan berhadap-hadapan.
{17} mereka dilayani oleh anak-anak
muda lelaki Yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), Yang sentiasa beredar di
sekitar mereka, -
{18} Dengan membawa piala-piala
minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas Yang berisi arak (yang diambil)
dari sungainya Yang mengalir.
{19} mereka tidak merasa pening
kepala dan tidak pula mabuk Dengan sebab menikmatinya.
{20} dan juga (dibawakan kepada
mereka) buah-buahan dari jenis-jenis Yang mereka pilih,
{21} serta daging burung dari
jenis-jenis Yang mereka ingini.
{22} dan (Mereka dilayani)
bidadari-bidadari Yang cantik parasnya,
{23} seperti mutiara Yang tersimpan
Dengan sebaik-baiknya.
{24} (semuanya itu) sebagai balasan
bagi (amal-amal baik) Yang mereka telah kerjakan.
{25} mereka tidak akan mendengar
Dalam syurga itu perkataan Yang sia-sia dan tiada pula sesuatu Yang menyebabkan
dosa; -
{26} mereka hanya mendengar ucapan:
" selamat! selamat! " (dari satu kepada Yang lain).
{27} dan puak kanan, - Alangkah
bahagianya keadaan puak kanan itu?
{28} mereka bersenang-lenang di
antara pohon-pohon bidara Yang tidak berduri.
{29} dan pokok-pokok pisang Yang
tersusun rapi buahnya,
{30} dan naungan Yang tetap
terbentang,
{31} dan air Yang sentiasa mengalir,
{32} serta buah-buahan Yang banyak,
{33} Yang tidak putus-putus dan
tidak pula terlarang mendapatnya,
{34} dan tempat-tempat tidur Yang
tertinggi keadaannya.
{35} Sesungguhnya Kami telah
menciptakan isteri-isteri mereka Dengan ciptaan istimewa,
{36} serta Kami jadikan mereka
sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
{37} Yang tetap mencintai jodohnya,
serta Yang sebaya umurnya.
{38} (semuanya itu disediakan) bagi
puak kanan;
{39} Iaitu sebilangan besar dari
orang-orang Yang terdahulu,
{40} dan sebilangan besar dari
orang-orang Yang datang kemudian.
{41} dan puak kiri, - Alangkah
seksaNya keadaan puak kiri itu?
{42} mereka diseksa Dalam angin Yang
membakar dan air Yang menggelegak
{43} serta naungan dari asap hitam,
{44} Yang tidak sejuk, dan tidak
pula memberi kesenangan.
{45} Sesungguhnya mereka sebelum itu
dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
{46} dan mereka pula sentiasa
melakukan dosa Yang besar,
{47} dan juga mereka selalu berkata:
"Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita
akan dibangkitkan hidup semula?
{48} "Dan Adakah juga datuk
nenek kita Yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? "
{49} Katakanlah (kepada mereka):
"Sesungguhnya orang-orang Yang telah lalu dan orang-orang Yang
terkemudian,
{50} "Tetap akan dihimpunkan
pada masa Yang ditentukan - pada hari kiamat Yang termaklum.
{51} "Kemudian, Sesungguhnya
kamu Wahai orang-orang Yang sesat Yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),
{52} tetap akan memakan (pada hari
itu) dari sebatang pokok, Iaitu pokok Zaqqum,
{53} "Maka kamu akan memenuhi
perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
{54} "Selepas itu kamu akan
meminum pula dari air panas Yang menggelegak,
{55} "Iaitu kamu akan minum
seperti unta Yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas".
{56} Inilah (jenis-jenis azab) Yang
disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
{57} Kamilah Yang telah menciptakan
kamu (dari tiada kepada ada - Wahai golongan Yang ingkar), maka ada baiknya
kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
{58} (Mengapa kamu masih berdegil?)
tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani Yang kamu pancarkan (ke Dalam rahim)?
{59} Adakah kamu Yang menciptakannya
atau Kami Yang menciptakannya?
{60} Kamilah Yang menentukan (dan
menetapkan masa) kematian (Tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak
sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;
{61} (bahkan Kami berkuasa)
menggantikan (kamu dengan) orang-orang Yang serupa kamu (tetapi tidak seperti
bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu Dalam bentuk kejadian Yang kamu
tidak mengetahuinya.
{62} dan Demi sesungguhnya, kamu
telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya
kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah Yang telah menciptakan kamu dari
tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat
kelak).
{63} maka (Mengapa kamu masih
berdegil?) tidakkah kamu melihat apa Yang kamu tanam?
{64} Kamukah Yang menumbuhkannya
atau Kami Yang menumbuhkannya?
{65} kalau Kami kehendaki, sudah
tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka
Dengan itu Tinggalah kamu Dalam keadaan hairan dan menyesal,
{66} (sambil berkata):
"Sesungguhnya Kami menanggung kerugian.
{67} "Bahkan Kami hampa (dari
mendapat sebarang hasil) "
{68} selain dari itu, tidakkah kamu
melihat air Yang kamu minum?
{69} Kamukah Yang menurunkannya dari
awan (sebagai hujan), atau Kami Yang menurunkannya?
{70} kalau Kami kehendaki, Kami akan
jadikan Dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
{71} Akhirnya, tidakkah kamu melihat
api Yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
{72} Kamukah Yang menumbuhkan pokok
kayunya, atau Kami Yang menumbuhkannya?
{73} Kami jadikan api (yang tercetus
dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang Yang lalaikan
kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda Yang memberi kesenangan kepada
orang-orang musafir.
{74} oleh Yang demikian - (Wahai
orang Yang lalai) - bertasbihlah Dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha besar
(sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).
{75} maka Aku bersumpah: Demi
tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, -
{76} dan sebenarnya sumpah itu
adalah sumpah Yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -
{77} Bahawa Sesungguhnya (yang
dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran Yang mulia, (yang sentiasa memberi
ajaran dan pimpinan),
{78} Yang tersimpan Dalam Kitab Yang
cukup terpelihara,
{79} Yang tidak disentuh melainkan
oleh makhluk-makhluk Yang diakui bersih Suci;
{80} Al-Quran itu diturunkan dari
Allah Tuhan sekalian alam.
{81} Patutkah kamu (Wahai golongan
Yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran
ini?
{82} dan kamu jadikan sikap kamu
mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur
akan ajarannya)?
{83} maka Alangkah eloknya kalau
semasa (roh seseorang dari kamu Yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -
{84} sedang kamu pada masa itu
(berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -
{85} dan Kami lebih dekat kepadanya
daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
{86} maka Bukankah elok kalau kamu
orang-orang Yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan kami), -
{87} kamu kembalikan roh itu (kepada
keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang Yang benar ?
{88} Kesudahannya: jika ia (yang
mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin ",
{89} maka (ia akan beroleh) rehat
kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta syurga kenikmatan.
{90} dan jika ia dari puak kanan,
{91} maka (akan dikatakan
kepadanya):" Selamat sejahtera kepadaMu, (kerana engkau) dari puak
kanan".
{92} dan jika ia dari (puak kiri)
Yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,
{93} maka sambutan Yang disediakan
baginya adalah dari air panas Yang menggelegak,
{94} serta bakaran api neraka.
{95} Sesungguhnya (segala Yang
disebutkan) itu adalah kebenaran Yang diyakini.
{96} oleh itu,
bertasbihlah Dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha besar.