Bacaan Oleh : Sheikh Mishary Rashid AL-Afasy
{1} Wahai orang Yang berselimut!.
{2} bangunlah sembahyang tahajjud
pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk
berehat),
{3} Iaitu separuh dari waktu malam,
atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
{4} ataupun lebihkan (sedikit)
daripadanya; dan bacalah Al-Quran Dengan "Tartil".
{5} (Sayugialah Engkau dan
pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing Dengan Ibadat Yang berat
kepada hawa nafsu, kerana) Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu
(Al-Quran Yang mengandungi perintah-perintah) Yang berat (kepada orang-orang
Yang tidak bersedia menyempurnakannya).
{6} sebenarnya sembahyang dan Ibadat
malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
{7} (Kami galakkan Engkau dan umatmu
beribadat pada waktu malam), kerana Sesungguhnya Engkau pada siang hari
mempunyai urusan-urusan Yang panjang kira bicaranya;
{8} dan sebutlah (dengan lidah dan
hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah
(amal ibadatmu) kepadanya Dengan sebulat-bulat tumpuan.
{9} Dia lah Tuhan Yang Menguasai
timur dan barat; tiada Tuhan melainkan dia; maka Jadikanlah Dia penjaga Yang
menyempurnakan urusanmu.
{10} dan Bersabarlah terhadap apa
Yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari
mereka Dengan cara Yang baik.
{11} dan biarkanlah Aku sahaja
membalas orang-orang Yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang Yang berada
Dalam kemewahan, dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa;
{12} kerana Sesungguhnya di sisi
Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan neraka Yang
menjulang-julang,
{13} serta makanan Yang menjadikan
pemakannya tercekik, dan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.
{14} (azab itu tetap berlaku) pada
hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta hancur lebur), dan menjadilah
gunung-ganang itu timbunan pasir Yang mudah bersepah.
{15} Sesungguhnya Kami telah
mengutus kepada kamu (Wahai umat Muhammad), seorang Rasul Yang menjadi saksi
terhadap kamu (tentang orang Yang mematuhi atau menolak seruannya), sebagaimana
Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul.
{16} maka Firaun menderhaka kepada
Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya Dengan azab seksa Yang seberat-beratnya.
{17} (Sekiranya kamu tidak ditimpa
azab di dunia), maka Bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu -
kalau kamu kufur ingkar - (dari azab) hari Yang huru-haranya menyebabkan
kanak-kanak menjadi tua beruban?
{18} langit (yang demikian besarnya)
akan pecah belah Dengan sebab kedahsyatan hari itu. (ingatlah), janji Allah
adalah perkara Yang tetap dilakukannya.
{19} Sesungguhnya
(keterangan-keterangan Yang mengandungi amaran) ini menjadi peringatan oleh itu
sesiapa Yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah ia mengambil jalan Yang membawa
kepada Tuhannya (dengan iman dan taat).
{20} Sesungguhnya
Tuhanmu (Wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya Engkau bangun (sembahyang
Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan
selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari
orang-orang Yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah Yang
terdahulu); padahal Allah jualah Yang menentukan Dengan tepat kadar masa malam
dan siang. ia mengetahui Bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira
Dengan tepat kadar masa itu, lalu ia menarik balik perintahNya Yang terdahulu
(dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana Yang mudah
kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). ia juga mengetahui
Bahawa akan ada di antara kamu orang-orang Yang sakit; dan Yang lainnya
orang-orang Yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia
Allah; dan Yang lainnya lagi orang-orang Yang berjuang pada jalan Allah
(membela ugamanya). maka bacalah mana-mana Yang sudah kamu dapat membacanya
dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah
pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman Yang baik (ikhlas). dan (ingatlah), apa
jua kebaikan Yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu
akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan Yang sebaik-baiknya
dan Yang amat besar pahalaNya. dan mintalah ampun kepada Allah; Sesungguhnya
Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.